arena

Arteta gembira walaupun prestasi teruk

Oleh Reuters

PENGURUS Arsenal, Mikel Arteta gembira selepas pasukannya berjaya mencatatkan kemenangan 1-0 ke atas West Ham United di Stadium Emirates awal pagi tadi.

“Saya sangat gembira mengenai keputusan ini kerana pasukan besar akan sentiasa mencari jalan jika mereka melalui hari yang kurang baik,” katanya.

Arteta mengakui ia bukan hari terbaik mereka jika bercakap mengenai prestasi namun mereka mampu mencari cara untuk meraih kemenangan.

“Anda mampu untuk mencorak permainan melalui perkara itu dan belajar untuk menerima dengan positif dan negatif dengan cara yang betul. Kesepakatan dan saling mempertahankan antara satu sama lain, akhirnya membuahkan hasil,” katanya.

Jaringan melalui pemain gantian, Alexandre Lacazette membolehkan Arsenal mengekalkan rekod tanpa kalah dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) selepas lapan perlawanan sekali gus meningkatkan moral mereka untuk memburu kedudukan empat terbaik

Kedua-dua pasukan berjaya menggegar palang pada separuh masa pertama namun pasukan pelawat mempunyai peluang lebih baik namun penjaga gol Arsenal, Bernd Leno bertindak cemerlang menyelamatkan percubaan Michail Antonio selepas rehat.

Arsenal berjaya memecahkan kebuntuan apabila Lacazette merembat bola hasil tandukan Mesut Ozil walaupun pemain Perancis itu terpaksa menangguhkan meraikan jaringannya selepas pengadil perlu merujuk kepada Video Bantuan Pengadil (VAR).

Keputusan itu membolehkan Arsenal memintas Burnley untuk menduduki tempat kesembilan mengumpul sama 40 mata dengan satu lagi pasukan dari London, Tottenham Hotspur.

West Ham kekal ditangga ke 16 dengan mengumpul 27 mata dengan hanya dibezakan melalui kelebihan jaringan dari zon penyingkiran.

Arsenal are on a three-match winning streak and five points adrift of Chelsea in the fourth Champions League qualification spot, but West Ham’s woes on the road continued as they fell to a sixth league away defeat in a row.

Disiarkan pada: March 8, 2020 @ 2:58pm
d