arena

Jaring gol sambil baring pun boleh [VIDEO]

Oleh Agensi

Dalam saingan divisyen dua Liga Jerman antara FC St Pauli dan Osnabruck, Waldemar Sobota berjaya menjaringkan gol yang tidak mungkin dilakukannya di dalam latihan.

Penyerang kelahiran Poland itu berjaya membantu St Pauli mencatat kemenangan 3-1 namun paling mencuri tumpuan ialah bagaimana jaringannya pada minit ke-35 itu terhasil.

Selepas membawa bola ke dalam petak penalti, Sobota terjatuh betul-betul di depan penjaga gol Osnabruck, Philipp Kuhn.

Bagaimanapun, ketika dalam keadaan terbaring itu dia masih sempat untuk menyepak bola masuk ke dalam gawang gol.

Disiarkan pada: March 8, 2020 @ 4:40pm
d