arena

Hatton ungguli Arnold Palmer Invitational

Oleh AFP

PEMAIN Britain, Tyrrell Hatton yang beraksi dalam kejohanan kedua sejak menjalani pembedahan pergelangan tangan kanan mengatasi cabaran pemain Australia, Marc Leishman untuk menjuarai gelaran Jelajah PGA Amerika Syarikat (AS) pertama di Arnold Palmer Invitational.

Pemain berusia 28 tahun itu melakukan bogey berganda pada lubang ke-11 tetapi mengakhiri cabaran 72 lubang di Bay Hill dengan empat bawah 284 untuk menewaskan Leishman dengan kelebihan satu pukulan.

"Bertahan dan menang di sini, venue ikonik, saya seperti di bulan,” kata Hatton.

Ketika pemain nombor satu dunia, Rory McIlroy dan pencabar lain hambar di lapangan Orlando, Hatton mencuri tumpuan untuk menambah koleksi kejuaraan selepas mengungguli empat Jelajah Eropah dan terakhir menjulang trofi Terbuka Penerbangan Turki pada November lalu sebelum menjalani pembedahan.

"Sukar digambarkan, perasaan sangat hebat,” kata Hatton. “Hari yang sengit, seperti saya beraksi dengan diri sendiri ketika di lubang ke-11.”

Disiarkan pada: March 9, 2020 @ 10:27am
d