arena

Joko serius bidaan Olimpik 2032

Oleh Reuters

PRESIDEN Indonesia, Joko Widodo dikatakan cukup serius dalam proses bidaan Sukan Olimpik 2032 apabila mahu menganjurkan temasya itu di sebuah bandar baharu yang masih belum dibina.

Menurut sumber, ketika ini perbincangan awal sedang dilakukan bersama Ketua Eksekutif SoftBank, Masayoshi Son dan pelabur lain untuk merealisasikan impian itu.

Negara yang mempunyai populasi penduduk keempat tertinggi di dunia itu pada Ogos lalu mendedahkan akan membina sebuah bandar baru di kepulauan Borneo untuk menggantikan Jakarta yang sudah padat.

Menurut ketua lembaga pelaburan Indonesia (BKPM), pihak kerajaan sedang membuat penilaian bagaimana untuk menjadikan bandar yang masih belum mempunyai nama itu sebagai tuan rumah kepada Olimpik 2032.

Ketua BKPM, Bahlil Lahadalia berkata, segala perancangan sudah pun dikemukakan kepada beberapa pelabur.

Dua individu yang mempunyai maklumat berhubung perkara itu berkata, pegawai atasan Indonesia sudah mengadakan perbincangan bersama Son di Jakarta hujung bulan lalu.

Disiarkan pada: March 10, 2020 @ 9:52pm
d