arena

Atalanta, Leipzig mara suku akhir

Oleh AFP

JOSIP Ilicic mejaringkan empat gol untuk menyingkirkan Valencia pagi ini ketika Atalanta mara ke peringkat suku akhir Liga Juara-Juara buat pertama kali apabila mencatat kemenangan 4-3 yang memberikan mereka kemenangan 8-4 secara agregat.

Ilicic menjadi pemain pertama meledak empat gol di tempat lawan pada peringkat kalah mati Liga Juara-Juara.

Tonggak Atlanta itu menjaringkan dua penalti separuh masa pertama dan dua lagi penyudah menarik di Stadium Mestalla dalam aksi tertutup berikutan penularan coronavirus.

Kevin Gameiro menjaringkan dua gol manakala satu lagi dilakukan Ferran Torres buat tuan rumah yang gagal bangkit selepas tewas 4-1 pada aksi pertama.

Sementara itu, kelab Inggeris Tottenham turut tersingkir daripada saingan ketika RB Leipzig mencatat kemenangan 3-0 untuk ke suku akhir buat pertama kali menerusi agregat 4-0.

Kapten Leipzig, Marcel Sabitzer menjaringkan dua kali dalam tempoh 21 minit untuk memberikan kelebihan besar buat pasukannya sebelum pemain gantian, Emil Forsberg menambah gol ketiga selepas itu.

Disiarkan pada: March 11, 2020 @ 8:12am
d