arena

Hamilton manjakan kangaroo

Oleh Agensi

LEWIS Hamilton menunjukkan sikap keprihatinannya ketika melawat sebahagian kawasan sekitar Australia yang terjejas oleh kebakaran hutan dan memberi anak kangaroo makanan.

Juara dunia enam kali menuju ke New South Wales menjelang pembuka tirai F1 Grand Prix Australia hujung minggu ini.

New South Wales adalah salah sebuah daerah yang paling terjejas teruk dengan kebakaran sehingga menyebabkan 28 orang terbunuh disamping sekitar 3,000 kediaman musnah dan jutaan haiwan maut.

Lebih 240 hari kejadian kebakaran berlaku sehingga tiba musim hujan berterusan pada awal bulan berjaya mengurangkan kesan kebakaran berkenaan.

Pada Januari lalu, Hamilton mendermakan lebih £380,000 (RM2.08 juta) untuk membantu pasukan penyelamat kebakaran dan perkhidmatan menyelamat haiwan dalam kerja-kerja berkenaan.

Kini dia mengadakan lawan peribadi ke jabatan pasukan penyelamat hidupan liar di mana dia mengakui sangat merasa sedih dengan kejadian yang berlaku.

Disamping fotografi kelihatan dia memberikan anak kangaroo susu, dia berkata : “Hari ini, saya dapat peluang yang luar biasa melawat NSW, Australia untuk melihat tugas yang cukup dikagumi oleh pasukan penyelamat @WIRESWildlifeRescue melakukan kerja penjagaan, pemulihan dan memastikan haiwan liar yang menjadi ikon negara itu kembali pulih selepas tragedi kebakaran.

Bercakap pada video yang di muat naik menerusi Instagram yang mempunyai 14.6 juta pengikutnya, dia menambah : “Apabila anda membaca mengenainya atau melihat mengenainya di TV ia kelihatan cukup tragis namun apabila anda melihat sendiri situasi dengan lebih dekat dan bagaimana keadaan tanah ia lebih mendukacitakan.

Disiarkan pada: March 11, 2020 @ 1:32pm
d