arena

Peluang temui Misbun di Perak

BARISAN pemain berbakat di seluruh Perak berpeluang untuk bertemu legenda badminton negara, Datuk Misbun Sidek pada hujung minggu ini.

Misbun yang juga Pengarah Pembangunan Badminton Remaja Kebangsaan akan hadir pada Kejohanan Badminton Remaja Terbuka Bandar Baru Setia Awan di Manjung, Perak pada Sabtu dan Ahad ini.

Kejohanan selama dua hari itu dianjurkan oleh Makhazim Mohamad Badminton Academy dengan sokongan Persatuan Badminton Negeri Perak.

Terdapat dua kategori yang dipertandingkan iaitu perseorangan lelaki bawah 9 hingga 15 tahun dan perseorangan perempuan bawah 10 hingga 12 tahun.

Misbun sememangnya bukanlah asing mencari pemain berbakat daripada peringkat akar umbi.

Antara yang sering disertainya adalah Kem Bakat Badminton Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dengan kerjasama Kelab Badminton Nusa Mahsuri.

Disiarkan pada: March 11, 2020 @ 10:39pm
d