arena

PSG singkirkan Dortmund

Oleh Reuters

PARIS St Germain mengalahkan Borussia Dortmund 2-0 dalam stadium kosong kerana kebimbangan koronavirus pagi ini tatkala melangkah ke peringkat suku akhir Liga Juara-Juara dengan agregat 3-2.

Neymar dan Juan Bernat masing-masing meledak jaringan pada separuh masa pertama untuk menukar kekalahan 2-1 pada aksi pertama.

Kemenangan itu membawa juara Perancis dalam kelompok lapan terakhir buat pertama kali sejak 2016.

Dortmund pula menamatkan saingan dengan 10 pemain apabila Emre Can dibuang padang pada minit-minit terakhir.

PSG mara ke kelompok 16 terakhir selepas tersingkir pada peringkat sama sejak dua tahun lalu.

Gergasi Perancis itu melepaskan kelebihan 4-0 sebelum tewas 6-5 secara agregat kepada Barcelona pada 2017 dan tumpas kepada Manchester United menerusi gol tempat lawan kepada pasukan England itu 2-0 di Old Trafford 12 bulan lalu.

Disiarkan pada: March 12, 2020 @ 7:53am
d