arena

Terima kasih Nwakaeme - Dollah

Oleh Nazri Abu Bakar

JURULATIH Pahang, Dollah Salleh gembira dengan prestasi Dickson Nwakaeme yang berjaya mengubah skrip perlawanan ketika menewaskan Melaka 1-0 pada aksi Liga Super di Stadium Hang Jebat, Paya Rumput, semalam.

Baginya, kemasukan Nwakaeme memberi impak besar kepada pasukannya selepas bertindak cemerlang menjaringkan gol tunggal perlawanan untuk pulang dengan tiga mata.

"Walaupun dia masih cedera dan belum pulih seratus peratus, Nwakaeme mampu menghidupkan jentera serangan pasukan.

"Apapun, pemain tidak menunjukkan prestasi sebenar seperti diharapkan walaupun banyak menguasai permainan ," katanya.

Apa yang pasti kemasukan Nwakaeme pada babak kedua jelas mengejutkan pertahanan Melaka yang sebelum itu kebal mempertahankan kubu mereka.

Sementara itu, jurulatih Melaka Zainal Abidin Hassan berkata, pemainnya mencipta banyak peluang namun gagal menghasilkan jaringan sehingga tewas dalam aksi berkenaan.

Bagaimanapun, dia tetap memuji usaha pemain dengan menganggap aksi berkenaan antara yang terbaik setakat ini.

Disiarkan pada: March 15, 2020 @ 2:18pm
d