arena

Garay antara lima pemain Valencia positif

Oleh AFP

KELAB Sepanyol, Valencia mengesahkan lima pemain mereka dan staf diuji positif Covid-19, termasuk pertahanan kelahiran Argentina Ezequiel Garay.

Valencia berkata, kesemua yang dijangkati berada di rumah masing-masing, berada dalam keadaan sihat dan mengikuti perintah kuarantin.

“Ia jelas 2020 bermula dengan langkah yang salah. Saya diuji positif koronavirus. Sekarang apa yang perlu buat ialah ikut cakap pihak berkuasa kesihatan, iaitu kuarantinkan diri sendiri,” kata Garay

Garay, 33, berada di tempat duduk penonton pada aksi Liga Juara-Juara di Mestalla di mana Valencia tumpas agregat 4-8 kepada Atalanta.

Pagi semalam, Sepanyol sudah mencatatkan rekod 6,391 kes dan 196 kematian, tatkala semua saingan bola sepak pula dihentikan buat sementara waktu.

Skuad bola sepak dan bola keranjang Real Madrid diperintah kuarantin Khamis lalu selepas salah seorang pemain bola keranjang diuji positif koranavirus.

Barcelona pula berkata Jumaat lalu, merekan akan menghentikan semua aktiviti buat sementara waktu sehingga diberitahu kelak sebagai langkah berjaga-jaga.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Disiarkan pada: March 15, 2020 @ 9:07pm
    d