arena

Atalanta kuarantin 'angkara' Valencia

Oleh AFP

SKUAD Atalanta dan staf mengkuarantin diri selepas lima pemain Valencia didapati positif koronavirus, menurut pengumuman kelab Serie A itu, awal pagi tadi.

Skuad Gian Piero Gasperini menewaskan Valencia 4-3 di Mestalla untuk mara ke suku akhir Liga Juara-Juara minggu lalu dan pertahanan Argentina, Ezequiel Garay salah seorang pemain kelab La Liga itu yang didapati positif Covid-19.

Atalanta dalam kenyataan berkata, mereka akan tinggal di rumah di samping menekankan aspek pembersihan diri.

Semua acara sukan di Itali digantung sehingga 3 April tetapi Atalanta dijangka menjalani latihan hari ini dan akan meneruskannya sehingga 24 Mac.

Pada Sabtu lalu, penyerang Atalanta, Josip Ilicic menyumbangkan bola yang dijaringkan sebanyak empat kali ketika menentang Valencia kepada hospital di Bergamo yang menjadi pusat wabak koronavirus.

Wilayah di utara Lombardy yang terletak Bergamo menyaksikan sejumlah 1,218 kematian daripada jumlah keseluruhan 1,809 di Itali, negara paling terjejas di luar China.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Disiarkan pada: March 16, 2020 @ 8:00am
    d