arena

La Liga ditamatkan?

Oleh Agensi

PRESIDEN La Liga, Javier Tebas memberi petanda sedia membatalkan baki saingan liga musim ini. Aktiviti bola sepak di Sepanyol ditangguh sehingga 4 April angkara wabak koronavirus.

Perintah sekatan pergerakan dikuatkuasakan selama dua minggu bagi membendung penularan penyakit itu.

Sepanyol mencatatkan 6,300 jangkitan dengan 191 kematian sekali gus negara kedua paling terjejas teruk di Eropah selepas Itali.

Dan Tebas sedia membuat keputusan sukar dengan membatalkan kempen musim ini jika itu cara terbaik membendung penyebaran virus Covid-19.

Bercakap kepada stesen radio Sepanyol, Cadena Cope, dia berkata: “Saya berhubung dengan beberapa institusi Eropah dan presiden kelab-kelab Sepanyol menerusi sidang video dan panggilan telefon semalam. Kami ada minggu yang sangat penting.

“Apa yang kami hadapi sekarang akan menamatkan kejohanan dan minggu ini menyaksikan keputusan penting di Eropah. Saya menghubungi rakan di Itali dan Jerman, membincangkan jadual pertandingan tetapi ini masalah kesihatan yang serius.

“Dengan 25% lagi musim yang tinggal, kami perlu mengkaji keseluruhan bajet jika musim ini ditamatkan sekarang.

Kebanyakan kelab di Sepanyol telah menggantung sesi latihan dan aktiviti sampingan.

Barcelona pula dua mata mengatasi pencabar terdekat dalam misi mereka mengejar kejuaraan kesembilan dalam 12 musim.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Disiarkan pada: March 16, 2020 @ 11:45am
    d