arena

Kurang 'idea' pecah benteng Kedah - Sathia

Oleh Izzali Ismail

PENGENDALI Selangor, B Sathianathan ternyata kecewa selepas skuad Red Giants gagal mengekalkan rekod tanpa kalah selepas tewas 0-2 kepada Kedah pada aksi Liga Super di Stadium Darul Aman semalam.

Sathianathan berkata, skuadnya seolah hilang ‘idea’ dalam usaha untuk memecah benteng pertahanan Kedah.

“Saya mengakui yang hari ini persiapan kita tak berapa baik sehingga pemain nampaknya tidak ada ‘idea’ macam mana hendak pecahkan benteng Kedah.

“Pada separuh masa pertama perlawananan malam ini (semalam) kita tidak bermain dengan baik cuma dalam tempoh 20 minit pertama kita beraksi dengan baik, tetapi selepas gol pertama Kedah terhasil, kita hilang corak permainan.

“Mungkin kesilapan saya adalah saya percaya setengah pemain yang boleh bermain dalam tempat yang penting namun mereka seolah tidak ada dalam padang,” katanya.

Sathia juga turut mengakui gerakan hantaran silang yang dilakukan pemainnya kurang menjadi seolah mereka berada dalam tekanan.

“Hantaran kita pun tak betul dan ramai yang bermain seperti dalam tekanan dan sepatutnya kita dapat beraksi tanpa tekanan bila tidak ada penyokong yang hadir.

“Dalam tempoh rehat selepas ini, kita kena buat banyak perkara untuk baiki kesilapan cuma saya nak cakap, orang kata saya bagi alasan tapi padang hari ni (semalam) bagus, semua bagus.

“Dengan adanya ruang panjang, ramai pemain yang cedera mungkin dapat kembali beraksi dan juga memberi masa untuk saya memperbetulkan cara kita bertahan atau menukar pemain dibahagian ini dan jika seorang import itu tak beri apa-apa impak saya kena keluarkan pemain itu.” katanya.

Disiarkan pada: March 16, 2020 @ 8:37pm
d