arena

Enam pemain Espanyol positif koronavirus

Oleh Reuters

ENAM pemain bola sepak pasukan Espanyol didapati positif koronavirus menurut kelab La Liga Sepanyol itu hari ini.

“Kami mendapat pengesahan petang ini bahawa enam pemain dalam pasukan utama dan staf teknikal daripada RCD Espanyol de Barcelona didapati positif dalam ujian yang dijalankan bagi mengesan Covid-19 pada saat kemuncak ini,” kata Espanyol dalam satu kenyataan.

“Kesemua mereka berdepan simptom awal dan mereka dinasihatkan mengikuti aturan perubatan.”

Khamis lalu, penganjur Liga Sepanyol berkata semua perlawanan La Liga digantung dalam tempoh dua minggu bagi membendung penularan wabak koronavirus.

Akhbar El Mundo melaporkan bekas presiden Real Madrid berusia 76 tahun, Lorenzo Sanz yang juga ketua kelab berkenaan dari 1995-2000, kini menjalani rawatan di hospital berada dalam keadaan kritikal.

Di Sepanyol, lebih 11,409 kes dijangkiti koronavirus dan membabitkan 510 kematian.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Disiarkan pada: March 18, 2020 @ 7:54am
    d