arena

Simona derma kepada hospital

Oleh Reuters

JUARA Wimbledon dan pemain nombor dua dunia, Simona Halep berkata dia mendermakan wang untuk membayar peralatan perubatan di Romania ketika negara itu berdepan penularan koronavirus.

Dalam kenyataan yang dimuat naik di Facebook miliknya, pemain berusia 28 tahun itu berkata, dia berharap dapat membantu hospital di Bucharest dan Constanta selain menggalakkan orang ramai untuk mengikuti arahan pengasingan diri.

“Malangnya, kita mengharungi tempoh yang sangat sukar yang sukar digambarkan beberapa bulan lalu,” katanya.

“Dalam aspek lain, ia adalah peluang terbaik menunjukkan bagaimana untuk terus menyokong dan bertanggungjawab dengan kehidupan kita malah mereka yang berada di sekeliling kita.

“Ketika kita di rumah, doktor dan mereka yang terbabit dengan perubatan melakukan usaha yang bersungguh-sungguh untuk membantu dan menyelamatkan setiap nyawa dengan mendedahkan diri mereka untuk kepentingan awam.

“Jadi marilah kita patuhi arahan daripada pihak berkuasa dengan tidak langsung membantu untuk menyelesaikan masalah yang menjejaskan kehidupan kita.”

Romania berdepan sekitar 200 kes koronavirus namun belum membabitkan kematian.

“Mari kita sama-sama menjaga kesihatan, jadi bertanggungjawab dan positif! Tuhan akan membantu kita!” katanya.

Jelajah wanita WTA ditangguhkan sehingga sekurang-kurangnya 2 Mei ini.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Disiarkan pada: March 18, 2020 @ 10:39am
    d