arena

Mentor Floyd Mayweather sudah tiada

Oleh Reuters

ROGER Mayweather jurulatih kepada anak saudaranya dan juara tinju, Floyd Mayweather, disahkan meninggal dunia pada usia 58 tahun lapor media AS hari ini.

Sebelum menjadi legenda di sudut penjuru gelanggang tinju, the Grand Rapids, lelaki dari Michigan itu adalah juara dalam arena pertarungannya.

Mendapat gelaran "The Black Mamba" oleh WBA dan mendominasi kejuaraan super featherweight sekitar pertengahan 1980-an dan disusuli kejuaraan light welterweight WBC pada dekad yang sama.

Dia mengungguli kejuaraan light welterweight IBO dan kejuaraan welterweight IBO pada pertengahan 1990-an dan mengakhiri dengan rekod profesional 59-13.

Dia mula bekerja dengan Floyd pada lewat 1990-an dan lebih 12 tahun membantu mengasah bakat peninju itu untuk rekod peninju terbaik sepanjang zaman dan tanpa kalah dalam pertarungan dengan rekod 50-0.

Tiada punca kematian didedahkan. Kehilangan Roger adalah berita sedih yang kedua terkesan dalam bulan ini buat Floyd Mayweather.

Minggu lalu, bekas teman wanitanya dan ibu kepada tiga anaknya, Josie Harris ditemui mati dalam kereta di Valencia, California.

Floyd Mayweather menyatakan kesedihan dan simpati dengan kejadian menimpa bekas teman wanitanya itu dengan memuatnaik beberapa keping gambar mereka di Instagram sebagai memperingati kematiannya.

Disiarkan pada: March 18, 2020 @ 11:43am
d