arena

Ibrahimovic bantu Itali perangi Covid-19

Oleh Reuters

PENYERANG Sweden dan kelab AC Milan, Zlatan Ibrahimovic melancarkan kempen GoFundMe untuk membantu Itali memerangi penularan wabak koronavirus.

Pemain berusia 38 tahun yang pernah beraksi buat Juventus dan Inter begitu juga AC Milan selain mengecapi beberapa kejuaraan di Itali, menjadikan Instagram sebagai medium untuk menyeru peminat dan pemain menderma wang tunai.

Sumbangan itu akan disalurkan kepada Humanitas Hospitals di utara Itali, antara daerah yang terjejas teruk dengan penularan virus Covid-19 berkenaan.

“Bersama-sama kita membantu hospital dan doktor serta jururawat yang berkerja tanpa mengenal erti penat lelah menyelamatkan nyawa.

“Kerana hari ini kita yang bersorak untuk mereka!” tulisnya dalam bahasa Itali yang di muat naik bersama klip video kenyataan berkenaan.

“Dan ingat : jika virus itu tidak datang kepada Zlatan, Zlatan akan pergi ke virus itu!” tambahnya sebagai penutup.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Disiarkan pada: March 19, 2020 @ 7:35am
    d