arena

Fiorentina berdepan 10 kes koronavirus

Oleh AFP

PEMILIK Fiorentina, Rocco Commisso mendedahkan 10 anggota kelab Itali itu didapati positif koronavirus dengan tiga daripada berada di hospital.

“Situasi ini adalah paling buruk, kelab ini mempunyai kira-kira 10 orang yang terjejas dengan penyakit malang ini, dengan tiga anggota kakitangan dirawat di hospital,” kata Commisso kepada Sky Sport Italia dari Amerika Syarikat.

Pemain yang terjejas termasuk penyerang Itali, Patrick Cutrone, pemain Argentina, German Pezzella dan penyerang Serbia, Dusan Vlahovic.

Berikutan itu barisan Tuscany itu melancarkan tabung derma untuk membantu hospital di bandar itu dengan perancang tengah Perancis, Franck Ribery mendermakan sebanyak 50,000 euro (RM239,565).

“Saya berterima kasih kepada Ribery diatas sumbangannya,” kata Commisso.

“Kami memulakan dengan baik, kami sudahpun mengumpul 420,000 euro (RM2.01 juta) dengan sasaran sekitar 500,000 euro (RM2.4 juta).”

Serie A mendedahkan Brescia turut mengesahkan dua pekerjanya didapati positif Covid-19 yang menyebabkan kematian hampir 3,000 orang di Itali.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Disiarkan pada: March 19, 2020 @ 7:59am
    d