arena

Mekanik McLaren bebas koronavirus

Oleh AFP

PASUKAN Formula Satu McLaren yang berpangkalan di UK berkata salah seorang mekanik Britain mereka yang dikaitkan dengan koronavirus di Australia kini bebas daripada simptom itu.

McLaren turut mendedahkan tujuh anggota kakitangan yang menjalani ujian wabak berkenaan ketika dikuarantin di Melbourne kesemuanya kembali dengan keputusan negatif.

Pasukan terkenal itu menarik diri daripada Grand Prix Australia untuk memaksa bos Formula Satu membatalkan perlumbaan pembukaan bagi musim baharu Grand Prix.

McLaren menambah anggota kakitangannya melakukan pengasingan diri di hotel pasukan dengan amat baik dan semangat yang kuat.

Ketua pasukan itu berharap mereka akan dibenarkan kembali ke Britain minggu depan.

“McLaren berbesar hati untuk mengesahkan kesemua tujuh daripada anggota pasukan perlumbaan mereka yang diuji positif koronavirus ketika dikuarantin di Melbourne kembali dengan keputusan negatif,” menurut kenyataan pasukan itu.

“Seorang anggota pasukan yang sebelum ini diuji positif kini juga bebas dari simptom itu.

“Secara keseluruhan, 16 anggota dalam pasukan dikuarantin, 14 daripadanya berikutan berhubung dengan anggota pasukan yang diuji positif, dan selebihnya beberapa anggota lain menunjukkan simptom sepanjang minggu lalu.

“Sebagai langkah berjaga-jaga, kesemua anggota pasukan ini akan kekal mengasingkan diri untuk minggu berikutnya untuk melengkapkan tempoh 14 hari yang diminta oleh pihak berkuasa perubatan Australia.”

Mekanik berkenaan didapati positif koronavirus pada Khamis lalu sehingga membawa kepada perlumbaan dibatalkan beberapa jam sebelum kereta memasuki petak perlumbaan di litar.

Kakitangan anggota pengeluar tayar Pirelli juga didapati berhubung dengan Covid-19 ketika di Melbourne.

Sementara, pemandu McLaren, Carlos Sainz mendedahkan dia mengasingkan diri di kediamannya di Madrid di sebalik ujian negatif virus berkenaan terhadapnya.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Disiarkan pada: March 19, 2020 @ 8:44am
    d