arena

Ujian kedua dapati Jesus negatif koronavirus

Oleh Reuters

KELAB bola sepak Brazil, Flamengo memberitahu penyokong bahawa jurulatih mereka Jorge Jesus diuji negatif koronavirus, sekali gus bertentangan dengan kenyataan kiriman pesanan peribadi pengurus dari Portugal berkenaan kelmarin.

“Ujian terbaharu yang dijalankan terhadap jurulatih Jorge Jesus kembali kepada negatif Covid-19,” menurut kelab yang berpangkalan di Rio de Janeiro itu dalam satu kenyataan.

Jesus memuat naik dalam kiriman pesanan Instagram pada Selasa mengisytiharkan dia diuji positif virus itu.

Kelab berkenaan berkata buat masa ini keputusan berkenaan tidak lengkap atau sedikit positif dan perlu menjalani ujian kedua.

Pada minggu lalu, Jesus mengkritik Persekutuan Bola Sepak negeri Rio kerana membenarkan perlawanan diteruskan dengan menyatakan pemain bola sepak dan kakitangan pasukan bukan manusia luar biasa dan mereka perlu perhatian khusus.

Kejohanan negeri Rio ditangguhkan bermula Selasa selama 15 hari.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Disiarkan pada: March 19, 2020 @ 9:16am
    d