arena

Maradona peminat fanatik Liverpool

Oleh Agensi

SELEPAS sedekad berkunjung ke Anfield, Diego Maradona masih lagi kekal menjadi peminat setia Liverpool.

Meskipun tidak pernah berpeluang beraksi bersama Liverpool, legenda Argentina itu pernah menyaksikan aksi Liverpool di pusingan kedua Liga Europa bertemu Lille pada 18 Mac 2010.

Ketika itu, Maradona menyaksikan skuad bimbingan Rafa Benitez mencatat kemenangan 3-0 pada aksi timbal balik.

Ia adalah musim terakhir Benitez bersama kelab itu tetapi Maradona dilihat sudah mula meminati Reds sejak malam gemilang di Istanbul lagi.

Selepas menyaksikan final Liga Juara-Juara pada 2005 yang menyaksikan kebangkitan dramatik Liverpool menewaskan AC Milan, Maradona yang sering mendapat gelaran ‘Tangan Tuhan’ itu berkata: “Kelab Inggeris membuktikan bahawa keajaiban boleh berlaku.

“Saya kini menjadikan Liverpool sebagai pasukan yang diminati di England. Mereka menunjukkan bahawa bola sepak adalah sukan yang sangat indah.”

“Penyokong Liverpool tidak boleh membuatkan saya tidur nyenyak. Secara perbandingan, seramai 10 penyokong Liverpool bagi setiap tiga penyokong Milan.

“Mereka menunjukkan sokongan yang tidak berbelah bahagi meskipun pada satu ketika ketinggalan 0-3 dan masih kekal menyanyi.”

Disiarkan pada: March 19, 2020 @ 9:40pm
d