arena

Liga Inggeris tangguh lagi

Oleh AFP

PENANGGUHAN aksi bola sepak Inggeris dipanjangkan sehingga sekurang-kurangnya 30 April selepas Liga Perdana dan Liga Bolasepak Inggeris (EFL) mengadakan mesyuarat krisis hari ini.

Keputusan UEFA menangguhkan saingan Euro 2020 kepada 12 bulan awal minggu ini membolehkan perlawanan liga ditamatkan pada musim panas jika segala arahan ketat untuk mengatasi penularan wabak Covid-19 berjaya dilakukan seperti ditetapkan.

“Kami secara keseluruhan bersetuju bahawa aksi profesional di England akan ditangguhkan sehingga sekurang-kurangnya 30 April,” kata kenyataan bersama oleh Persatuan Bolasepak (FA), Liga Perdana, EFL, badan pemain dan pengurus.

Kesemua badan itu berharap saingan liga dapat ditamatkan apabila ia bersambung semula berbanding menerima kedudukan liga sedia ada untuk menentukan pasukan yang bergelar juara.

“Kami akan mencari jalan untuk menyambung semula aksi musim 2019/20 dan memastikan kesemua saingan dilangsungkan selepas segala situasi selamat,” kata kenyataan itu.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Disiarkan pada: March 19, 2020 @ 10:26pm
    d