arena

Man United tetap bayar gaji

Oleh Reuters

MANCHESTER United akan tetap membayar gaji kakitangan sokongannya sekalipun baki perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL) musim ini dibatalkan atau dilangsungkan dalam stadium yang kosong berikutan penularan wabak koronavirus (Covid-19) menurut kenyataan kelab itu.

Bola Sepak Inggeris ditangguh sehingga 30 April baru-baru ini dan pihak pertubuhan kerajaan berkata musim terkini bola sepak mungkin dilanjutkan dalam tempoh yang panjang.

United berkata bayaran membabitkan beberapa bilangan tenaga kerja digunakan sama ada pembayaran pada semua hari perlawanan dan bukan hari perlawanan bagi pekerja biasa yang bekerja untuk kelab itu sejak tiga bulan lalu.

“Kami bergantung kepada staf hebat kami untuk memberikan perkhidmatan yang luar biasa dan pengalaman kepada peminat di Old Trafford,” kata Naib Pengerusi Eksekutif United, Ed Woodward dalam satu kenyataan.

“Kami faham keadaan seperti ini tidak pernah berlaku sebelum ini dan mahu menjamin keselamatan mereka walau apapun yang akan berlaku berhubung status baki jadual perlawanan musim ini.

“Kami menantikan dan mengalu-alukan kehadiran semula seluruh peminat dan sekutu kami - ke Old Trafford secepat yang mungkin.”

United yang mempunyai empat perlawanan liga utama di gelanggang sendiri musim ini, antara kelab Liga Perdana terkini yang cuba memastikan kebajikan kakitangannya.

Brighton & Hove Albion, Crystal Palace dan Wolverhampton Wanderers antara beberapa kelab yang bercadang untuk tetap membayar kakitangan sokongannya walaupun perlawanan ditangguhkan.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Disiarkan pada: March 20, 2020 @ 8:05am
    d