arena

F1 Grand Prix Monaco di tangguh

Oleh Reuters

MONACO membatalkan showcase Formula Satu Grand Prix antara tersohor dan penuh glamor dalam kalendar perlumbaan selain satu lagi sukan berprofil tinggi yang terjejas berikutan penularan wabak koronavirus.

Formula Satu pada awalnya sudah menangguhkan perlumbaan itu bersama perlumbaan di Belanda dan Sepanyol juga dijadualkan semula pada Mei dan turut membawa kepada perubahan syarat teknikal utama dari 2021 ke 2022.

Kelab Pemotoran Monaco (ACM) berkata ketidakpastian mengenai penyertaan pasukan dan kawalan sempadan, dengan negara jiran Itali dalam tempoh kawalan pergerakan, membuatkan situasi “sukar dipertahankan’ dan mungkin perlu ditunda.

Perlumbaan popular untuk sejarah lumba kereta, yang menggunakan litar dan laluan sama serta dijadualkan pada awal Mei turut ditunda.

“Ada beberapa sebab kami mungkin dapat menganjurkan acara ini akan datang pada tahun ini,” kata kenyataan ACM.

Pelumba Ferrari, Charles Leclerc dilahirkan di Monaco sementara juara dunia enam kali dari Mercedes, Lewis Hamilton dan beberapa pemandu lain turut menetap di sana.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Disiarkan pada: March 20, 2020 @ 10:33am
    d