arena

Terry menang 'cabaran tisu tandas'

Oleh Agensi

JOHN Terry dilihat melengkapkan ‘cabaran tisu tandas’ dengan melibatkan trofi Liga Juara-Juara.

Cabaran itu dilakukan oleh barisan pemain ternama di seluruh dunia yang sedang berada di kediaman masing-masing berikutan penularan wabak koronavirus baharu (Covid-19).

Terry yang juga bekas kapten Chelsea, dilihat mempamerkan gelagat paling menarik berbanding yang lain menerusi sepakan voli menerusi video pendek yang dikongsikan di Instagram miliknya.

Berlatar belakang lagu rasmi Liga Juara-Juara, Terry menyepak tisu tandas terus masuk ke trofi Liga Juara-Juara.

Legenda berusia 39 tahun itu kemudian menulis keterangan video: “Saya lengkap memakai jersi tetapi tidak menjumpai pelindung kaki.”

Ia merujuk kepada peristiwa final Liga Juara-Juara 2012 yang menyaksikan Chelsea muncul juara selepas menewaskan juara bertahan, Bayern Munich.

Terry adalah kapten pasukan ketika itu tetapi tidak dapat beraksi pada aksi final selepas menerima kad merah ketika bertemu Barcelona pada aksi separuh akhir kedua.

Bagaimanapun ia tidak menghalang Terry daripada berpakaian penuh di Allianz Arena walaupun tidak turun beraksi.

Disiarkan pada: March 20, 2020 @ 9:32pm
d