arena

Covid-19: Ronaldo berisiko dipotong gaji RM43 juta

Oleh Agensi

CRISTIANO Ronaldo berisiko untuk kehilangan pendapatan sebanyak £8.4 (RM43 juta) jika Juventus diberi lampu hijau untuk memotong gaji pemain sehingga 30 peratus.

Laporan di Sepanyol mendakwa kelab Serie A mahu memotong gaji pemain antara 20 hingga 30 peratus berikutan wabak koronavirus baharu (Covid-19).

Jika ia benar-benar berlaku, Ronaldo mungkin kekurangan gaji sebanyak RM43 juta, lapor media Sepanyol.

Menurut Forbes, bintang Portugal berusia 35 tahun itu mempunyai pendapatan terkumpul sebanyak £361 juta (RM1.8 billion).

Dia dilaporkan memperoleh pendapatan tahunan sebanyak £30 juta (RM156 juta) iaitu sekitar £510,000 (RM2.6 juta) seminggu.

Selain itu, Ronaldo mempunyai kontrak sepanjang hayat bersama Nike sebanyak £773 (RM4 billion).

Jika pemotongan gaji itu akan dilaksanakan, ia pastinya akan turut memberi impak kepada Ronaldo serta barisan pemain lain yang beraksi di Itali.

Disiarkan pada: March 20, 2020 @ 10:48pm
d