arena

Serena tak senang duduk

Oleh Reuters

PENULARAN Covid-19 menjadikan kehidupan tidak tentu arah dan memerlukan orang ramai berkurung di rumah tidak terkecuali buat pemenang 23 kali Grand Slam, Serena Williams yang berkongsi sentimen hampir sama di sosial media - “Semua perkara membuatkan saya menjadi sangat gila”.

Dengan sukan global terjejas kerana sukar dilangsungkan berikutan virus berkenaan, yang didakwa menjejaskan lebih 10,000 nyawa seluruh dunia.

Ramai dikalangan atlet profesional turut cemas ketika mereka bergelut dengan ketidaktentuan yang berlaku pada masa akan datang.

“Perasaan saya mula membayangkan seperti ‘ia mungkin tidak akan menjejaskan saya’,” kata Serena dalam siri video TikTok, di mana dia menjelaskan melakukan jarak sosial untuk dua minggu sejak pembatalan kejohanan tenis Indian Wells.

“Pembatalan satu kejohanan itu membawa kepada yang lain dan seterusnya dan kemudian mencetuskan kebimbangan saya.

“Saya juga terdedah bila-bila masa jika seseorang beresin atau batuk berhampiran saya.

Ketika bilion rakyat seluruh dunia bergelut dengan ketakutan sama dan kebimbangan Serena mengenai penularan virus itu, situasi sama turut merentap harapan mereka yang mahu mengambil bahagian dalam Sukan Olimpik tahun ini.

Ribuan harapan peserta Olimpik yang berdepan dilema dengan banyak acara kelayakan seluruh dunia ditangguhkan atau dibatalkan.

Jawatankuasa Olimpik AS (USOPC) CEO Sarah Hirshland berkata kepada wartawan bahawa persatuan itu “menggandakan sumber kesihatan mereka” kepada semua atlitnya, dengan Olimpik Tokyo dijangka berlangsung mengikutkan jadual dari 24 Julai hingga 9 Ogos ini.

Atlet angkat berat AS, Katherine Nye yang sudah memastikan tiket ke Tokyo, sebaliknya tempoh kelayakan sukan itu dipendekkan kepada sebulan memberitahu dia meneruskan latihan di stornya.

Disiarkan pada: March 21, 2020 @ 8:47am
d