arena

Song antara sembilan pemain dipecat FC Sion

Oleh Agensi

KELAB Liga Super Switzerland, FC Sion memecat sembilan pemain yang dilaporkan enggan untuk menandatangani perjanjian pemotongan gaji sepanjang krisis koronavirus.

Bekas pemain Arsenal, Alex Song dan Johan Djourou serta bekas pemain tengah Fulham, Pajtim Kasami antara mereka yang sah dilepas oleh kelab itu.

Liga negara itu diberhentikan pada 1 Mac selepas pihak kerajaan melarang berkumpul lebih daripada 1,000 orang.

Sion berada di kedudukan kelapan daripada 10 pasukan dalam liga, empat mata memisahkan daripada zon penyingkiran.

Terdapat baki 13 perlawanan untuk meneruskan musim ini.

Kapten, Xavier Kouassi, bekas pemain Newcastle yang dipinjamkan Seydou Doumbia, Ermir Lenjani, Mickael Facchinetti, Christian Zock dan Birama Ndoye antara pemain lain yang dipecat.

Disiarkan pada: March 21, 2020 @ 10:49am
d