arena

Bekas presiden Real Madrid meninggal dunia

Oleh Reuters

BEKAS presiden Real Madrid, Lorenzo Sanz meninggal dunia pada usia 76 tahun, perkara itu disahkan anak lelakinya awal pagi ini.

Sanz dibawa ke hospital pada Selasa lalu, laporan akhbar El Mundo berkata dia bergelut dengan penyakit novel koronavirus baharu (Covid-19).

Anaknya pula berkata dia mengalami kesukaran untuk bernafas.

Sanz menjadi presiden kelab gergasi Sepanyol itu antara tahun 1995 dan 2000, di mana mereka memenangi dua kejuaraan Liga Juara-Juara dan satu mahkota La Liga sebagai antara koleksi trofi kelab itu.

Kemenangan Liga Juara-Juara pada 1998 adalah yang pertama diperoleh bagi kejuaraan utama Eropah, di mana mereka mencatat rekod sebagai 13 kali dalam tempoh 32 tahun.

“Bapa saya baharu sahaja meninggal dunia. Dia tidak berhak pergi dengan cara begini.

“Dia antara seorang yang berani dan sentiasa bekerja keras saya kenali dalam hidup ini telah pergi meninggalkan kami,” kata Lorenzo Sanz Jr menerusi Twitter.

Disiarkan pada: March 22, 2020 @ 8:44am
d