arena

Tangguh Olimpik kerana sukar dielakkan : Abe

Oleh AFP

PENANGGUHAN Olimpik 2020 mungkin tidak dapat dielakkan jika penularan koronavirus baharu menjadikan ia sukar untuk memastikan keselamatan temasya sukan itu, kata Perdana Menteri Jepun hari ini.

Shinzo Abe memberitahu parlimen, Jepun masih komited untuk melaksanakan sukan itu namun menambah : “jika ia menjadikannya sukar, dengan keutamaan kepada keselamatan atlet, ia mungkin sukar dielakkan untuk kami mengambil keputusan menangguhkannya.”

Kenyataan itu adalah pengakuan pertamanya dengan kemungkinan sukan berkenaan dijangka tidak dilangsungkan mengikut jadual pada 24 Julai ketika ancaman penularan koronavirus di seluruh dunia.

Lewat malam tadi, Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa turut mengubah nada pendirian mengenai temasya sukan itu dengan berkata mereka mungkin mengadakan perancangan dengan senario berbeza, termasuk penangguhan.

“Pembatalan bukan pilihannya,” kata Abe, mengulangi kenyataan daripada Ketua IOC Thomas Bach.

Bach menegaskan membatalkan acara sukan berkenaan tidak akan menyelesaikan sebarang masalah dan tidak akan membantu sesiapa.

IOC bertanggungjawab mengambil keputusan muktamad mengenai temasya sukan itu dan berdepan tekanan kuat daripada atlet dan persatuan sukan seluruh dunia ketika penularan krisis koronavirus.

Disiarkan pada: March 23, 2020 @ 10:00am
d