arena

Kanada ancam tidak sertai Sukan Olimpik

Oleh Reuters

JAWATANKUASA Olimpik Kanada (COC) dan Jawatankuasa Paralimpik (CPC) berkata mereka tidak akan mengambil bahagian dalam Olimpik dan Sukan Paralimpik pada musim panas 2020 berikutan kebimbangan mengenai penularan koronavirus.

Bantahan untuk penganjuran temasya sukan pada Julai ditentang kuat dalam tempoh dua hari lalu, dengan beberapa pemegangan taruh seperti Trek dan Padang A.S serta Barisan Atlet UK, disamping beberapa jawatankuasa Olimpik kebangsaan, menyarankan penangguhan kerana pandemik.

Lebih 13,000 orang terkorban di seluruh dunia sejak penularan wabak koronavirus.

“Pihak COC dan CPC menghubungi segera Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) dan Jawatankuasa Paralimpik Antarabangsa (IPC) serta Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) untuk menangguhkan acara sukan untuk tempoh setahun.

“Kami juga menawarkan mereka sokongan penuh untuk membantu segala kesukaran dalam penjadualan semula bagi memastikan ia berjalan lancar,” kata jawatankuasa itu dalam satu kenyataan.

"Ketika kita menyedari kerumitan yang wujud di sebalik penangguhan, tiada yang lebih penting daripada kesihatan dan keselamatan atlet serta masyarakat dunia," tambahnya.

Disiarkan pada: March 23, 2020 @ 11:31am
d