arena

Nasib Olimpik Tokyo diketahui hari ini?

Oleh Reuters

KERAJAAN Jepun sedang berunding dengan Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) untuk menangguhkan Sukan Olimpik Tokyo paling maksimum dalam tempoh setahun.

Perdana Menteri, Shinzo Abe akan mengadakan perbincangan melalui telefon dengan Presiden IOC, Thomas Bach hari ini.

IOC mempunyai hak dalam menentukan tarikh temasya berkenaan namun menurut salah seorang pegawai yang enggan dikenali berkata, Olimpik Tokyo akan ditangguhkan.

Sebelum ini IOC mengakui mereka bersedia untuk menangguhkan temasya berkenaan berikutan pandemik Covid-19.

Jika temasya berkenaan ditangguhkan ia akan memberi tamparan hebat buat Jepun, yang membelanjakan AS$12 bilion (RM53.2 bilion) dan sejumlah wang yang besar juga dibelanjakan untuk penajaan serta penyiaran.

Mencari tarikh baru juga akan mendatangkan masalah apabila kalendar sukan 2021 sudah padat, manakala 2022 pula akan berlangsungnya Piala Dunia serta Olimpik Musim Sejuk Beijing.

Disiarkan pada: March 24, 2020 @ 9:00am
d