arena

Covid-19 buat Dybala mencungap

Oleh Reuters

PENYERANG Juventus, Paulo Dybala salah seorang pemain berprofil tinggi yang dijangkiti wabak Covid-19 kembali menjalani latihan ringan selepas pulih daripada penyakit yang menyebabkannya sukar bernafas.

Dybala seorang daripada tiga pemain Juventus yang positif virus itu selain pertahanan Daniele Rugani dan pemain tengah, Blaise Matuidi, pemenang Piala Dunia bersama Perancis pada 2018. Beberapa pemain lain di kelab Serie A turut didapati positif.

"Saya mempunyai simptom yang jelas tetapi kesihatan saya semakin baik hari ini,” kata Dybala kepada saluran televisyen Juventus.

"Sekarang, saya boleh bergerak dan cuba bersenam. Beberapa hari apabila saya cuba melakukan sesuatu, saya sukar bernafas seperti biasa dan termengah-mengah. Otot juga terasa sakit.”

Aktiviti bola sepak seluruh dunia terhenti susulan pandemik itu dan Serie A turut digantung sejak 9 Mac lalu.

Disiarkan pada: March 28, 2020 @ 8:21am
d