arena

Atletico sertai Espanyol cantas gaji

Oleh AFP

ATLETICO Madrid menjadi kelab La Liga terkini yang memohon kebenaran pemotongan gaji pemain dan staf selepas bola sepak di Sepanyol digantung susulan pandemik Covid-19.

Dalam satu kenyataan, CEO kelab, Miguel Angel Gil berkata mereka turut mencadangkan pelan pemberhentian pekerja susulan situasi semasa yang menyebabkan mereka tidak mampu menjalankan tugas.

Atletico seperti beberapa kelab lain berdepan krisis kewangan selepas bola sepak digantung di Sepanyol, salah sebuah negara paling terjejas teruk diserang Covid-19.

Bagaimanapun, Gil tidak menjelaskan lebih lanjut jumlah pemotongan gaji tetapi mengesahkan ia membabitkan pemain dan staf.

Sebelum itu, kelab tercorot La Liga, Espanyol turut meminta kebenaran pihak berkuasa buruh di Catalonia untuk memotong gaji pemain dan staf mereka sehingga 70 peratus.

Di Jerman pula, Bayern Munich dan Borussia Dortmund turut akur dengan pemotongan gaji masing-masing.

Disiarkan pada: March 28, 2020 @ 8:47am
d