arena

Covid-19 tidak ganggu Rashford

Oleh AFP

PENYERANG Manchester United, Marcus Rashford proses pemulihan kecederaan belakang yang menyebabkannya berehat sejak Januari lalu tidak terganggu walaupun berdepan krisis Covid-19.

Rashford mengalami kecederaan itu pada aksi Piala FA menentang Wolverhampton Wanderers dijangkakan tidak dapat bermain untuk baki aksi musim ini.

Bagaimanapun, pandemik yang berlaku sehingga menyebabkan aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) ini terpaksa ditangguhkan sekurang-kurangnya April, 30, menyebabkan Rashford berpeluang untuk kembali beraksi jika baki saingan diteruskan.

“Saya berasa semakin baik. Saya perlu menjalani imbasan semula beberapa hari lagi namun saya berasa sedikit lega berbanding dua atau tiga minggu sebelum ini. Sekarang saya hanya perlu bersedia untuk kembali menyambung latihan dan bermain dengan pasukan,” katanya.

Selepas kerajaan menasihatkan semua orang untuk berada di rumah dalam tempoh pandemik ini, Rashford berkata situasi itu memberikan sedikit impak berkaitan dengan pemulihan tahap kecergasannya.

“Semua orang sekarang ini cuba untuk menyesuaikan diri dengan situasi ini sebaik mungkin.

“Saya hanya berada di rumah, melakukan senaman di gim, membaca buku, menonton Netflix, buat apa saja yang anda mampu lakukan,” katanya.

Disiarkan pada: March 28, 2020 @ 11:28pm
d