arena

Ocon berlatih guna simulator

Oleh AFP

TINGGAL bersama ibu bapanya di Normandy tidak menghalang pelumba Renault, Esteban Ocon untuk menghabiskan masanya memandu simulator Formula Satu (F1) sebagai persediaan memulakan musim baru.

Pelumba berusia 23 tahun itu mempersiapkan diri untuk kempen pertamanya bersama Renault selepas hanya menghabiskan masa sebagai pemandu simpanan Mercedes tahun lalu.

“Hari saya dipenuhi dengan latihan dan seolah-olah bahawa perlumbaan akan dimulakan minggu depan. Saya banyak menghabiskan masa dalam perlumbaan simulator.

“Siapa pun tidak tahu bila musim ini akan bermula dan kami sekarang ini mempunyai masa secukupnya untuk mempersiapkan diri,” katanya.

Musim baru F1 terpaksa ditangguhkan berikutan penularan wabak Covid-19

Setakat ini Grand Prix (GP) Bahrain, Vietnam, China, Belanda, Sepanyol dan Azerbaijan ditangguhkan, manakala saingan pembukaan di Australia serta GP Monaco dibatalkan.

Perancis terpaksa melakukan perintah berkurung sejak 17 Mac dan Ocon menghabiskan masanya bersama simulator yang turut diguna pakai oleh pemandu lain seperti Lando Norris dan Max Verstappen.

Disiarkan pada: March 31, 2020 @ 1:50am
d