arena

Augusta National derma RM8.6 juta

Oleh Reuters

KELAB Golf Augusta National menderma sebanyak AS$2 juta (RM8.6 juta) untuk membantu kawasan sekitar Augusta memerangi pandemik Covid-19 sehingga menyebabkan penangguhan saingan Masters itu yang sepatutnya berlangsung pada April.

Satu-satunya lapangan kekal daripada empat kejuaraan utama golf, kelab golf itu berkata, sebanyak AS$1 juta (RM4.3 juta) akan diberikan kepada Universiti Augusta untuk membantu kos penyelidikan Covid-19.

Manakala baki AS$1 juta lagi didermakan kepada Central Savannah River Area yang baru-baru ini melancarkan Tabung Kecemasan Covid-19.

“Kami berharap dengan pemberian ini akan membantu mengatasi cabaran akibat Covid-19 di Augusta dan kawasan sekitarnya,” kata Pengerusi Augusta National, Fred Ridley dalam satu kenyataan.

“Kami percaya Augusta National mempunyai tanggungjawab penting untuk membantu dan melindungi komuniti yang sekian lama konsisten menyokong kami,” katanya.

Augusta National dijadualkan menganjurkan kejohanan utama itu bermula 9 hingga 12 April tetapi ia ditangguhkan sehingga ke satu tarikh yang bakal diumumkan kemudian berikutan pandemik Covid-19.

Disiarkan pada: March 31, 2020 @ 1:26pm
d