arena

Red Bull tetap sibuk dengan jadual

Oleh Agensi

LUPAKAN saingan Formula Satu (F1) sementara berikutan krisis Covid-19, tapi Prinsipal Pasukan Red Bull, Christian Horner berkata dia sangat sibuk dari kebiasaannya - terlalu banyak perancang perlu dilakukan dalam tempoh sekarang.

Dengan lapan perlumbaan awal dibatalkan dan beberapa lagi siri perlumbaan yang dijangka menerima nasib sama.

F1 mengambil keputusan tiada tempoh cuti musim panas tahun ini sebagai langkah terbaik untuk meneruskan saingan perlumbaan.

Pada masa sama, pasukan yang berpangkalan di United Kingdom itu menarik perhatian apabila membantu menyediakan peralatan perubatan.

Inisiatif pasukan F1 dalam melaksanakan projek menyediakan alat bantuan pernafasan kepada NHS turut mendapat perhatian ramai.

Malah bos pasukan termasuk Horner berkerja rapat dalam perbincangan serius mengenai cara terbaik menyelamatkan masa depan sukan permotoran termahal dan popular itu.

Selepas pandemik yang melanda awal tahun ini yang disifatkan situasi lebih buruk berbanding krisis kewangan pada 2008.

Disiarkan pada: April 1, 2020 @ 2:32pm
d