arena

Club Brugge juara liga sebab Covid-19

Oleh Reuters

CLUB Brugge diumumkan sebagai juara liga Belgium selepas baki aksi liga dibatalkan berikutan pandemik Covid-19.

Brugge selesa dengan kelebihan 15 mata di tangga teratas liga dengan berbaki satu pusingan perlawanan sebelum bermulanya pusingan kalah mati membabitkan enam pasukan teratas liga.

Mereka muncul naib juara musim lalu di belakang Racing Genk yang kini menduduki tangga ketujuh ketika saingan liga ditangguhkan bulan lalu kerana Covid-19.

Keputusan oleh ahli lembaga Pro League perlu disahkan pada mesyuarat membabitkan 24 pasukan daripada dua divisyen namun 17 daripadanya sudah pun menggesa supaya baki musim ini dibatalkan.

Disiarkan pada: April 2, 2020 @ 9:14pm
d