arena

Betul ke Ronaldo terbaik sepanjang zaman?

Oleh Agensi

SIAPAKAH pemain terbaik sepanjang zaman? Ia adalah persoalan yang sering diperkatakan oleh peminat bola sepak sejak sekian lama.

Bagi generasi muda, jawapan kepada persoalan itu pastinya antara sensasi Argentina, Lionel Messi atau bintang Portugal, Cristiano Ronaldo.

Untuk generasi lama pula, mereka mungkin akan membandingkan antara Diego Maradona atau Pele.

Secara jujurnya agak sukar untuk memilih siapakah yang layak mendapat gelaran GOAT (Greatest Of All Time) atau terbaik sepanjang zaman kerana amat sukar untuk membandingkan era berbeza dikalangan pemain.

Bagaimanapun media popular Sepanyol, Marca meminta peminat membuat keputusan untuk menentukan siapakah pemain bola sepak terbaik sepanjang zaman.

Mereka membuka undian membabitkan peringkat seperti di Piala Dunia bermula dengan pusingan kedua membabitkan 16 pemain terbaik sepanjang zaman.

Daripada 16 pemain terbaik itu, lapan pemain yang memperoleh undian tertinggi bersaing di suku akhir dan seterusnya empat terbaik ke separuh akhir.

Akhirnya pada peringkat final, Messi meraih 46 peratus undian berbanding Ronaldo 54 peratus sekaligus memegang takhta GOAT.

Sementara itu bintang Brazil, Ronaldo di tempat ketiga dengan Maradona keempat.

Disiarkan pada: April 2, 2020 @ 10:38pm
d