arena

Norris cukur rambut demi kebajikan

Oleh Reuters

PEMANDU Formula Satu (F1) McLaren, Lando Norris memenuhi usaha mengumpul dana kebajikan dengan membotakkan kepala sambil disaksikan secara langsung menerusi saluran streaming Twitch dan menggelar gaya baharunya sebagai ‘Baldo Norris’.

“Ia tidak sesuai dengan saya, ia memang tak sesuai,” kata pemandu berusia 20 tahun yang memilik rambut kerinting selepas melihat potongan rambut yang dilakukannya sendiri.

Lebih daripada 36,000 penonton yang menghargai usahanya itu melihat secara langsung pelumba itu memotong rambut menggunakan peralatan mencukur elektrik.

Norris yang mempunyai 1.3 juta pengikut di Instagram dan kerap beraksi di pentas esport ketika ketiadaan perlumbaan sebenar berjaya mengumpul dana lebih AS12,000 (RM52,296) menerusi perlumbaan secara talian untuk menentang Covid-19.

Pelumba Britain, yang menjalani perintah berkurung, memperkenalkan dirinya sebagai ‘Baldo Norris’ di Twitter untuk berkongsi pengalamannya.

“Jujur, jika saya mempunyai gaya rambut teruk seperti itu saya mungkin melakukannya (mencukur) juga,” gurau rakan senegara dan seteru Williams, George Russell yang akan berlumba dengan Norris di perlumbaan esports Formula Satu pada Ahad ini.

Disiarkan pada: April 3, 2020 @ 8:58am
d