arena

Naomi mula fikir kerja di pasar raya

Oleh Agensi

NAOMI Broady berkata dia sedang mempertimbangkan permohonan kerja di pasar raya selepas Wimbledon dibatalkan dan musim tenis dihentikan sekurang-kurangnya sehingga 13 Julai ini.

Wimbledon dibatalkan buat pertama kali sejak Perang Dunia Kedua semalam kerana pandemik Covid-19.

Naomi tidak beraksi dalam mana-mana perlawanan sejak mengalami kecederaan pergelangan kaki pada Oktober lalu.

“Tenis adalah sukan individu dan kami menang duit milik sendiri, jadi jika kami tidak berpeluang memenanginya, kami tidak akan mendapat sedikit pun, ia cukup ringkas,” katanya kepada BBC Radio Manchester.

“Saya sedang mempertimbangkan berkerja di pasar raya, terutama sejak mula lagi apabila mereka memaklumkan sangat memerlukan kakitangan.”

Tambahan daripada keseluruhan musim gelanggang rumput yang dihentikan, Terbuka Perancis, sementara di gelanggang tanah liat dijadualkan semula dari Mei kepada 20 September - 4 Oktober ini.

Naomi berkata pemain tenis profesional belum lagi menerima sebarang bantuan kewangan di sebalik pembatalan beberapa kejohanan.

Tambah pemain berusia 30 tahun itu : “Tiada pemain yang meraih pendapatan wang sementara jelajah dihentikan.

“Saya tahu ramai di kalangan pemain ranking rendah yang tidak mempunyai banyak wang ketika jelajah dihentikan, tidak mempunyai simpanan dan mereka ini cuba berkempen dan mencari bantuan kewangan atau dari badan kebajikan.

“Sedikit dana kebajikan, mungkin kerana semua orang mengalami nasib sama.

“Negara ketika ini mengalami perintah berkurung jadi melainkan pemain berlatih di gelanggang di laman belakang rumah mereka, yang tidak semua orang ada sekalipun tiada siapa dibenarkan melakukan apa sahaja ketika ini.”

Adik lelaki Naomi, Liam juga pemain profesional telah mendaftar di media sosial sebagai sukarelawan untuk membantu masyarakat di kawasan mereka membeli-belah atau tugasan penghantaran tertentu.

Disiarkan pada: April 3, 2020 @ 10:25am
d