arena

Suntikan bola sepak baharu

Oleh Reuters

PRESIDEN Fifa, Gianni Infantino berkata bola sepak akan menjadi sesuatu yang berbeza apabila ia kembali selepas krisis Covid-19.

“Bola sepak akan kembali, dan apabila ia bermula, kami akan meraikan selepas bebas daripada detik ngeri bersama-sama,” katanya kepada agensi berita Itali ANSA dalam satu temubual.

“Adalah satu pengajaran, begitupun, kita berdua perlu faham : bola sepak pada masa akan datang selepas virus ini akan sangat berbeza... (lebih) istimewa, mesra dan lebih sokongan, menghubungkan kepada negara secara individu dan pada masa sama lebih global, tidak sombong dan lebih dialu-alukan.”

Tambahnya : “Kami akan menjadi lebih baik, lebih kemanusiaan dan lebih menumpukan nilai sebenar.”

Minggu lalu, Infantino memberitahu Gazzetta dello Sport kini masanya tepat untuk mengambil langkah ke belakang semula dan membina sukan yang berada dalam senarai terlalu banyak sumber kewangan tertumpu kepada beberapa kelab elit.

Dia mencadangkan mungkin “Kejohanan yang kurang namun lebih menarik. Mungkin membabitkan beberapa skuad, tapi lebih seimbang. Kurang tetapi lebih kompetitif, perlawanan yang melindungi kesihatan barisan pemain.”

Disiarkan pada: April 3, 2020 @ 11:36am
d