arena

Penganjuran The Open belum pasti

Oleh Agensi

PENGANJUR The Open sedang mempertimbangkan menangguhkan kejohanan 2020 kerana pandemik Covid-19 dan berharap akan mengambil keputusan muktamad dalam tempoh terdekat.

Acara yang menjadi antara empat kejohanan utama golf itu dijadualkan berlangsung pada 16-19 Julai di Royal St George’s di Sandwich, Kent, England.

Pada Mac, kedua-duanya acara Masters dan kejohanan AS PGA ditangguhkan.

“Kami akan meneruskan pilihan yang ada bagi The Open tahun ini, termasuk penundaan,” kata Ketua Eksekutif R&A, Martin Slumbers.

Tambahnya, segalanya bergantung kepada faktor luar bermakna situasi agak mengambil masa untuk diselesaikan.

“Kita semua mengetahui betapa penting memberikan panduan jelas kepada peminat, pemain dan semua yang terbabit serta berusaha menyelesaikan perkara ini secepat mungkin,” kata Slumbers.

“Kami akan memberikan perkembangan lanjut sebaik sahaja kami bersedia dan berterima kasih kepada semua orang diatas sokongan mereka serta memahami situasi mencabar ini.”

Beberapa kejohanan utama, Terbuka AS, dijadualkan berlangsung pada 18-21 Jun di Winged Foot, New York.

Disiarkan pada: April 3, 2020 @ 12:33pm
d