arena

UiTM FC bantu penyokong setia

BAGI membantu meringankan beban pelajar-pelajar UiTM yang tidak dapat pulang ke kampung kerana Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) kelab bola sepak pelajar UiTM (UiTM FC) mengadakan program kutipan derma bagi mengisi dana tabung khas Covid-19 UiTM.

Pelajar-pelajar ini adalah penyokong kuat pasukan UiTM FC yang sentiasa berada bersama pasukan baik perlawanan diadakan di stadium UiTM mahupun di stadium lawan.

“Sudah sampai masanya kita pula menghulurkan sumbangan kepada mereka yang terbabit. Kalau selama ini para pemain UiTM FC sentiasa mengharapkan sokongan penyuntik semangat bila kita bermain, maka kali ini kita merasakan pula kesusasahan para penyokong kita.

“Oleh itu bila pihak pengurusan UiTM FC melancarkan program UiTM FC Prihatin bagi membantu mereka, saya terus memberi sokongan penuh,” kata ketua pasukan UiTM FC, Mohd Faizal.

Majlis penyerahan cek sumbangan UiTM FC disampaikan oleh Presiden UiTM FC yang juga Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar UiTM, Prof Dr Azizan Abdullah kepada Naib Canselor UiTM, Prof Emiritus Datuk Dr Azraii Kasim.

Menurut Prof Azizan, sumbangan yang diberikan adalah hasil kutipan yang dibuat daripada para pegawai, jurulatih dan pemain dari skuad Liga Super, skuad piala presiden dan skuad piala belia UiTM FC.

Para penyokong dan peminat yang ingin turut serta dalam program CSR UiTM FC Prihatin ini boleh menghulurkan sumbangan ke akaun Affin Islamic Bank, bernombor 105140003422 atas nama Bendahari UiTM.

Disiarkan pada: April 3, 2020 @ 10:17pm
d