arena

Liverpool terpaksa buat keputusan sukar

Oleh Reuters

PENDAHULU Liga Perdana Inggeris (EPL), Liverpool mengambil keputusan untuk meletakkan kakitangan bukan pemain di bawah skim pengekalan pekerjaan berikutan pandemik Covid-19.

Mereka juga masih lagi dalam perbincangan untuk memotong gaji pemain dan staf kanan.

Liverpool menjelaskan dalam laman web rasmi kelabnya bahawa staf bukan pemain akan tetap menerima gaji 100 peratus.

Beberapa kelab EPL seperti Tottenham Hotspur, Bournemouth dan Newcastle United, sudah mengambil langkah berkenaan terhadap staf bukan pemain.

“Liverpool FC sudah meletakkan beberapa staf dalam skim berkenaan berikutan penangguhan saingan EPL.

“Kelab juga mengesahkan staf berkenaan akan menerima pembayaran gaji 100 peratus untuk memastikan tidak ada kakitangan yang berdepan dengan masalah kewangan,” katanya.

Skim kerajaan itu adalah untuk menjamin 80 peratus gaji bagi kakitangan sehingga maksimum £2,500 (RM15,000) sebulan, ini bermakna Liverpool akan menambah lagi baki 20 peratus kepada staf terbabit.

EPL sebelum ini berkata, setiap kelab harus berbincang dengan pemain mengenai cadangan pemotongan gaji sebanyak 30 peratus namun ia masih lagi belum menemui kata putus.

Liverpool berkata, perkara mengenai pemotongan gaji sedang dibincangkan dan terdapat kesepakatan di peringkat kanan kelab untuk memastikan kakitangan tidak hilang pekerjaan.

“Keputusab ini sangat sukar dan setakat ini ia masih lagi sedang berlangsung,” jelas kelab berkenaan.

Keputusab kelab itu mendapat kritikan dari bekas pemain yang sekarang ini menjadi penganalisis bola sepak, Jamie Carragher.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Disiarkan pada: April 5, 2020 @ 9:07am
    d