arena

Bayern turun padang latihan hari ini

Oleh AFP

KELAB Bundesliga, Bayern Munich berkata pemain-pemainnya akan kembali menyambung latihan hari ini sejak saingan liga ditangguhkan akibat pandemik Covid-19.

Bayern yang dibimbing Hans-Dieter Flick mendahului Bundesliga dengan kelebihan empat mata sebelum saingan ditangguhkan pada 13 Mac lalu.

“Skuad utama Bayern akan kembali berlatih dalam kumpulan-kumpulan kecil bermula Isnin, 6 April.

“Ia akan dilakukan selari dengan polisi kerajaan dan pihak berkuasa yang berkaitan.

“Semua aspek kebersihan akan diberi keutamaan serta dipatuhi,” kata kelab itu dalam satu kenyataan semalam.

Bayern bagaimanapun tidak membenarkan peminat untuk menyaksikan sesi latihan kerana ia diadakan secara tertutup.

Setakat semalam Jerman mencatat lebih 1,300 kematian akibat Covid-19.

Disiarkan pada: April 6, 2020 @ 3:26pm
d