arena

Covid-19 ragut nyawa ibu Guardiola

Oleh AFP

IBU pengurus Manchester City, Pep Guardiola meninggal dunia akibat pandemik Covid-19 pada usia 82 tahun.

“Manchester City terkejut dengan laporan kematian ibu Pep, Dolors Sala Carrio di Manresa, Barcelona kerana virus Covid-19.

“Setiap mereka yang berkaitan dengan kelab menzahirkan rasa simpati pada masa yang paling menyedihkan ini untuk Pep, keluarganya dan semua rakan mereka,” kata kelab itu dalam satu kenyataan.

Bulan lalu pengendali berusia 49 tahun itu mendermakan sebanyak 1 juta euro (RM4.7 juta) untuk pembelian perubatan bagi menangani wabak Covid-19 di kampung halamannya.

Dia turut memuat naik video meminta peminat kelab itu supaya kekal tinggal di rumah.

Jumlah keseluruhan kematian akibat Covid-19 di Sepanyol sebanyak 13,055 orang, ranking kedua tertinggi selepas Itali.

Disiarkan pada: April 6, 2020 @ 11:02pm
d