arena

Heung Min sedia masuk kem

Oleh AFP

PENYERANG Tottenham Hotspur, Son Heung Min akan memulakan khidmat ketenteraan di negara kelahirannya, Korea Selatan tatkala Liga Perdana Inggeris (EPL) masih ditangguhkan akibat pandemik Covid-19.

Heung Min, yang pulang ke negaranya pada hujung Mac, masih lagi dikuarantin dan akan memulakan perkhidmat ketenteraan itu bulan ini.

Pemain berusia 27 tahun itu, yang terpaksa diketepikan berikutan kecederaan tangan Februari lalu, sepatutnya menjalani latihan berkenaan selama 21 bulan namun dia berjaya mendapat pengecualian selepas mengetuai Korea Selatan meraih emas Sukan Asia 2018.

“Kelab boleh mengesahkan Heung Min akan menjalani khidmat ketenteraan di Korea Selatan bulan ini.

“Staf perubatan kita sentiasa kerap menghubunginya bagi mengetahui perkembangan terkini pemulihan kecederaannya yang dialami ketika menewaskan Aston Villa 3-2 16 Februari lalu,” jelas kelab berkenaan dalam satu kenyataan.

Spurs yang menduduki tangga kelapan liga sebelum saingan ini ditangguhkan berkata, Heung Min akan kembali ke London sebaik latihan ketenteraan itu berakhir Mei depan.

Disiarkan pada: April 7, 2020 @ 8:47am
d