arena

Simona ceriakan peminat

Oleh AFP

JUARA dua kali Grand Slam, Simona Halep berkongsikan berita gembira di laman sosial, Twitter semalam, apabila dia boleh berlari tanpa berasa sakit selepas kaki kanannya mengalami kecederaan sebelum ini.

Pemain kelahiran Romania itu meraih kejuaraan di kejohanan WTA di Dubai Februari lalu sebelum menarik diri dari menyertai aksi di Doha kerana mengalami kecederaan.

Dia juga mengambil keputusan untuk menarik diri di kejohanan Indian Wells di California, yang sepatutnya berlangsung Mac tapi berjadi saingan pertama terkesan dengan pandemik Covid-19.

Ketika saingan tenis musim ini masih lagi tertangguh dan Wimbledon, yang menyaksika Simona muncul juara pada 2019, dia memberitahu peminatnya sangat rindu untuk turun beraksi.

“Saya rindu pasukan. Saya rindu pemain. Saya rindu semua orang di jelajah. Saya sedar ia sangat sukar buat semua orang buat masa sekarang.

“Bagaimanapun jika kita kekal berada di rumah, jika kita kuat dan positif. Semuanya akan berjalan lancar.

“Saya tidak sabar untuk menempuhi penerbangan. Saya tidak sabar untuk bermain tenis,” katanya.

Disiarkan pada: April 7, 2020 @ 3:01pm
d